fbpx
Now Reading
Beratur Dari Subuh, Akhirnya Tak Dapat Beli Barang Apple

Beratur Dari Subuh, Akhirnya Tak Dapat Beli Barang Apple

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://www.facebook.com/switch.com.my/posts/10157197154833146?pnref=story"]

Baru-baru ini telah tular di laman sosial sebuah syarikat yang juga pengedar sah produk Apple.Inc di Malaysia, Switch yang terletak di Pusat Membeli-belah My Town, Cheras bakal membuat jualan gudang pada 2 Mac 2018 (hari ini).

Memang sudah menjadi kegemaran rakyat Malaysia apabila mendengar di mana ada jualan murah, pasti akan mendapat sambutan. Begitu juga yang berlaku di Switch, My Town Cheras apabila sejak jam 5 pagi tadi pembeli sudah siap sedia beratur panjang di hadapan pintu pusat membeli belah tersebut.

Mana tidaknya, anda boleh mendapatkan iPhone 6 (Demo Set) dengan harga serendah RM600 sahaja. Manakala, harga Apple Tv pula dijual dengan harga RM100 sahaja.

Pembeli-pembeli dikatakan sanggup menunggu dari jam 5 pagi walaupun Switch dijadualkan akan membuka pintu kedai pada jam 10 pagi. Atas sebab sambutan yang luar biasa, Switch terpaksa mengubah fikiran dan membuka kedai pada jam 7 pagi selepas melihat lautan manusia yang beratur di hadapan pusat membeli-belah tersebut.

Namun, beberapa ketika apabila keadaan sudah mula tidak terkawal dan pembeli-pembeli menjadi semakin ramai sehingga pihak Switch juga dikhabarkan sudah tidak mampu mengawal keadaan.

Ramai netizen yang memuatnaik video-video dan gambar suasana di sekitar My Town Cheras. Sudah tentu, Switch juga tidak menjangka sambutan sebegini yang mereka akan terima dan telah membuat keputusan menutup premis itu buat sementara waktu.

Sudah pasti, segelintir pembeli berasa sedikit terkilan apabila sudah beratur seawal 5 pagi namun tidak dapat membeli produk Apple yang dikatakan jualan paling murah untuk tahun ini.

 

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.