fbpx
Now Reading
Lagu ‘Di Matamu’ Trending di YouTube, Peminat Hayati Isi Hati Sufian Suhaimi

Lagu ‘Di Matamu’ Trending di YouTube, Peminat Hayati Isi Hati Sufian Suhaimi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kisah terputusnya ikatan pertunangan Sufian Suhaimi dan Elfira Loy masih menjadi perbualan hangat netizen sehinggakan lagu terbaharu penyanyi ini turut dikaitkan tentang perjalanan hubungan mereka.

Lagu yang diberi judul Di Matamu ini terbukti menarik minat masyarakat apabila ia menerima lebih satu juta kali tontonan di YouTube sejak dimuat naik pada 26 Februari lalu.

Sedutan lagu yang dinyanyikan oleh Sufian itu asalnya dimuat naik di laman Instagram, kemudian digubah semula oleh pemilik akaun Lirik Kipidap dan menjadi trending nombor dua minggu ini.

Lagu itu dijangka akan dilancarkan pada 23 Mac ini iaitu tarikh sepatutnya dia dan Elfira mendirikan rumah tangga.

Rata-rata pelayar berasakan lagu tersebut seakan-akan menceritakan perjalanan hidup Sufian yang terpaksa melupakan orang tersayang kerana jodoh tidak panjang.

 

mStar Online pada Isnin lalu melaporkan Sufian memberitahu lirik lagu terbaharunya itu dicipta pada pertengahan tahun lalu dan bukanlah selepas berakhirnya kisah pertunangannya dengan Elfira.

“Sebenarnya lirik lagu tersebut dah ada sejak tahun lalu lagi. Memang saya bercadang untuk keluarkan lagu tersebut pada tahun ini.

“Bukanlah dicipta selepas berakhirnya hubungan saya dan Elfira. Cuma, semua yang terjadi ini seperti kebetulan sama dengan maksud lirik tersebut.

“Lagu itu juga sangat peribadi bagi saya kerana mengisahkan kehidupan saya yang secara kebetulan sahaja,” ujarnya.

Pada 18 Februari lalu, pihak keluarga Elfira mengesahkan sudah bertemu dengan keluarga Sufian untuk memulangkan cincin pertunangan mereka.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober tahun lalu dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Mac ini.

Sumber : Mstar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.