fbpx
Now Reading
Ramai Tak Percaya Bakat Idayu

Ramai Tak Percaya Bakat Idayu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

 

“TIADA apa-apa yang saya mahu buktikan. Apa yang saya buat itu sekadar suka-suka,” kata Idayu mengenai video nyanyian semula lagu beberapa penyanyi seperti Michael Jackson, Rahmat Ekamatra dan Noraniza Idris.

Lebih menarik, Idayu turut meniru suara penyanyi asal lagu berkenaan.

Rakaman itu ditularkan kerana netizen kagum dengan kebolehannya meniru suara penyanyi lelaki.

“Masa saya masih belajar, saya memang suka tiru suara penyanyi tertentu tetapi tidak pernah rakam. Tetapi, apabila mendapat sokongan daripada rakan-rakan, saya bersetuju untuk melakukan perkara itu.

“Tahun lalu baru saya sedar dapat tiru suara lelaki. Tetapi, meniru suara Michael Jackson saya akui memang sangat mencabar.

“Walaupun saya tiru, tetapi tidaklah 100 peratus sama. Masih ada suara Idayu,” katanya.

Katanya, usaha itu dilakukan demi menonjolkan bakatnya dalam industri.

Dalam kata-kata pujian, ada juga yang menuduh pemenang pertandingan AF Megastar itu hanya sekadar ‘miming’.

“Ada yang cakap saya ‘miming’ mungkin sebab tidak biasa dengar suara saya. Sebab itulah mana-mana kekurangan yang mungkin kedengaran sumbang saya biarkan. Itu adalah tanda saya bukan ‘miming’.

“Saya juga muat naik video saya menyanyi dengan suara sebenar bagi menjawab pertanyaan mereka yang teringin mendengar saya menyanyi secara ‘live’,” kata Idayu.

Sumber : Harian Metro

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.