fbpx
Now Reading
Alatan Perniagaan Restoran Aliff Syukri Dirampas

Alatan Perniagaan Restoran Aliff Syukri Dirampas

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Restoran milik jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri di Kota Damansara diserbu anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kerana dipercayai meletakkan meja yang menghalang laluan, 8.30 malam ini.

Jurucakap MBPJ yang dihubungi memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat berhubung kejadian itu.

Aliff Syukri melalui siaran langsung di akaun Facebooknya meluahkan kekecewaan terhadap tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu kerana merampas peralatan perniagaan yang diletakkan di laluan berhadapan premis berkenaan.

Bagaimanapun, Aliff Syukri memberitahu operasi restoran berkenaan berjalan seperti biasa selepas serbuan itu.

Sumber : Harian Metro

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.