fbpx
Now Reading
“Kalau Orang Nak Cakap Pasal Saya, Terpulanglah,” – Fazura

“Kalau Orang Nak Cakap Pasal Saya, Terpulanglah,” – Fazura

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://twitter.com/FizzZoule/status/972089832494178307"]

“SAYA tidak mahu bercakap pasal orang dan kalau orang nak cakap pasal saya, terpulanglah,” kata Nur Fazura tenang saat ditanya mengenai komen segelintir peminat yang mendakwa seorang selebriti wanita menyindir dirinya di laman sosial, baru-baru ini.

Isteri kepada pelakon Fattah Amin itu berkata, apa yang berlaku bukan urusannya dan berasakan adalah lebih baik fokus pada diri sendiri sahaja.

Pun begitu, andai ada insan di luar sana yang tetap mahu fokus pada dirinya, itu terserah kepada mereka.

Katanya, dia tidak tahu niat orang terhadapnya dan beranggapan adalah lebih baik untuk tidak bercakap mengenai hal itu

“Kalau betul sekali pun ada pihak berniat berbuat demikian seperti didakwa (peminat), perkara itu tidak langsung memberi kesan terhadap diri saya,” katanya ringkas.

Minggu lalu, seorang netizen di Twitter membangkitkan mengenai satu video di Instagram (IG) story Neelofa seolah-olah memerli satu video yang dimuat naik oleh Fazura di ‘IG story’.

Dakwa netizen itu lagi, Fazura sebelum itu terlebih dahulu membuat video seakan sama di lokasi penggambaran.

Tweet berkenaan setakat ini mendapat lebih 3,000 ‘retweet’ dan lebih 2,000 ‘likes’.

Dalam pada itu, dia turut ditanya mengenai persamaan jenama produk bulu mata palsunya, #befaz yang didakwa menyamai satu jenama lain yang dilancarkan sebelum ini.

Katanya, isu itu bukan masalah besar sebab pihaknya sudah mengusahakan produk itu dan menjalankan kempen sejak 2017.

Cuma, katanya dia mengambil masa untuk melancarkannya sejajar dengan penganjuran showcase One Music Live Session: Fazura bertempat di Clarke Ballroom, Hotel Le Meridien Kuala Lumpur, petang hari ini.

“Kalau ada orang lain nak gunakan jenama itu pun tak mengapa. Saya okay saja jika nak berkongsi nama dan idea.

“Saya sedar dengan timbulnya perkara itu, saya juga boleh menjadi sumber inspirasi buat orang lain,” kata Fazura lagi.

Baginya, dia enggan melayan atau ambil peduli dengan sebarang provokasi yang dilihat sengaja mengusik emosinya.

Sumber  : Harian Metro.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.