fbpx
Now Reading
Siti Nurhaliza Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Siti Nurhaliza Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat bersalin anak perempuan di pusat perubatan di Kuala Lumpur, 8.17 pagi, hari ini.

Siti, 39, selamat melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram secara pembedahan.

Suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa berkata, dia bersyukur kerana urusan bersalin Siti dipermudahkan Allah SWT.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana segalanya selamat. Apa yang penting proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anak juga sihat,” katanya kepada Harian Metro.

Pengurus Siti, Rozi Abdul Razak berkata, Siti berada dalam keadaan baik dan buat masa sekarang hanya kaum keluarga terdekat sahaja dibenarkan untuk melawat.

“Siti dan suami juga ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan.

“Pasangan ini memilih Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.

“Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu,” katanya.

Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan suami meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya.

Sumber : Harian Metro

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.