fbpx
Now Reading
“Kami Benar-Benar Yakin Dengan Langkah-Langkah Keselamatan Yang Diambil” – Kenyataan Penganjur Tentang Isu Ropeswing

“Kami Benar-Benar Yakin Dengan Langkah-Langkah Keselamatan Yang Diambil” – Kenyataan Penganjur Tentang Isu Ropeswing

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://www.instagram.com/p/BgbU55bnSbk/?taken-by=rentas_adventures"][video src="https://www.instagram.com/p/Bga8jN-nZ-h/?taken-by=rentas_adventures"]

 

 

Terbaru tular video aktiviti ekstrim beberapa orang bapa membawa anak mereka melakukan terjunan lagak ngeri dan menerima kecaman dari netizen. Malah, ramai berpendapat tindakan demikian adalah tidak wajar dilakukan terhadap kanak-kanak. Aktiviti tersebut dilakukan di Kuala Kubu Bharu dengan ketinggian 60 meter.

Semestinya persoalan keselamatan dan penggunaan helmet kepada kanak-kanak menjadi perdebatan netizen.

Rata-rata, netizen mengecam tindakan mereka dan ada juga yang memberikan komen positif.

 

Sementara itu, dalam sebuah lagi video menunjukkan seorang lagi bapa turut melakukan aktiviti tersebut bersama anak lelakinya di lokasi yang sama, tapi pada masa berlainan.

Sebelum ini, kenyataan daripada bapa kanak-kanak tersebut juga telah diperjelaskan di Instagram.

Pengasas Rentas Adventures, Shafiq Azmi pada hari ini membuat kenyataan di Facebook tentang perkara ini.  Beliau menerangkan kegunaan helmet dan keselamatan yang dititkberatkan dalam aktiviti tersebut. Malah, beliau juga turut memohon maaf terhadap pihak yang berkenaan.

Tidak dapat dinafikan budaya baru wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia akan menerima kritikan netizen. Hal ini atas keprihatinan masyarakat terhadap keselamatan sukan ekstrem itu.

Sumber : Instagram Rentas Adventures, Facebook Shafiq Azmi

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.