fbpx
Now Reading
“Samsung? Euwww…” Adik Neelofa Dikecam Netizen Persenda Jenama Samsung

“Samsung? Euwww…” Adik Neelofa Dikecam Netizen Persenda Jenama Samsung

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bila dengar sahaja nama adik Neelofa, Ameera Khan pasti terbayang beberapa kontroversi yang pernah tercetus. Kali ini Ameera sekali lagi menaikkan kemarahan ramai apabila memperlekehkan jenama telefon, Samsung.

Baru-baru ini Ameera memuat naik video, Quickfire Q&A With LMK, yang memerlukan Ameera memilih antara dua sebagai kegemaran beliau. Antara soalan lain, Ameera diminta untuk memilih telefon jenama Samsung atau Iphone.

Jawapan spontan Ameera mempersoalkan kembali soalan yang ditanya dan seterusnya memilih telefon jenama Iphone membuatkan beliau dikecam hebat. Ramai mendakwa jawaan Ameera seolah menunjukkan jenama Samsung satu jenama yang murah untuk dipakai olehnya.

Selain itu ada juga yang meminta pihak Samsung untuk mengambil tindakan terhadap Ameera kerana jawapannya yang merendahkan jenama tersebut. Malah dalam ruangan komen juga ada menyebut Ameera tidak sepatutnya berkata begitu kepada jenama yang membayar dirinya.

Mungkin selepas ini Ameera hanya perlu memilih sahaja apabila ditanyakan soalan, tidak perlu berkata sesuatu yang boleh mengundang kemarahan. Atau mungkin jenama Samsung tidak mencapai standard Ameera?

Sumber : Rotikaya

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.