fbpx
Now Reading
Si Comel Pipi Merah Buat Peminat Sebak

Si Comel Pipi Merah Buat Peminat Sebak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

 

Penantian peminat penyanyi kesayangan Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk menonton muzik video penuh lagu terbarunya, Comel Pipi Merah akhirnya tercapai apabila ia dikongsi dengan orang ramai sejak malam Rabu.

Muzik video tersebut dimuat naik di YouTube rasmi DatoSNurhalizaVEVO.

Rata-rata peminat meluahkan rasa sebak apabila menonton detik-detik kelahiran Siti Aafiyah, puteri sulung Siti Nurhaliza dan suami Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Siti Nurhaliza melahirkan bayinya dengan berat 3.55 kilogram kira-kira pukul 8.17 pagi pada 19 Mac lalu di sebuah hospital swasta secara pembedahan.

Sewaktu dilahirkan bayi itu diberikan nama sementara Fatimah Az-Zahra sempena nama anakanda Nabi Muhammad.

Pada Ahad lalu Siti dan suami mengumumkan nama puteri mereka dalam satu majlis di kediaman mereka di Bukit Antarabangsa, Ampang.

Majlis akikah dan tahnik itu dipimpin oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Bakri.

Sumber : Mstar, YouTube DatoSNurhalizaVEVO

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.