fbpx
Now Reading
Kisah ‘Insta Story’ Paling Sedih

Kisah ‘Insta Story’ Paling Sedih

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 31 Mac lepas satu keluarga telah alami kemalangan di Kilometer 413.3 Lebuh Raya Utara-Selatan apabila sebuah kenderaan dipandu Faiz Hakim Darwis, 18 tahun, terbabas ke dalam sebuah longkang di sebelah kiri jalan. Kejadian tragik itu telah meragut nyawa Zahera Ahmad dan Darwis Sanja, iaitu ibu bapa kepada Faiz Hakim.

Selepas detik hitam itu, Faiz telah memuat naik beberapa foto di Insta Story di Instagram miliknya. Kami doakan arwah ibu bapa Faiz ditempatkan dikalangan orang beriman, insyaAllah.

Seorang pengguna Twitter telah berkongsi beberapa paparan skrin dari Insta Story Faiz. Faiz rasa sangat bersalah dan menganggap kejadian itu tidak akan berlaku jika bukan dia yang memandu kereta. Tweer tersebut mendapat 22,000 Retweet dan rata-rata netizen mengucapkan takziah dan turut sedih dengan peristiwa yang berlaku terhadap Faiz.

Kami ingin ucapkan takziah kepada Faiz dan keluarga. Al-Fatihah.

Sumber : Twitter Ahmad Ariff

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.