Now Reading
Rakyat Malaysia Bangga Shiva Muncul Dalam Gotham

Rakyat Malaysia Bangga Shiva Muncul Dalam Gotham

[video src="https://www.instagram.com/p/Bg7SxlvD8QJ/?taken-by=shivashobitha"]

 

Seorang pelakon wanita berpangkalan di New York, Shiva Shobitha Kalaiselvan, 34, telah membuat rakyat Malaysia bangga apabila berjaya mendapat peranan dalam siri televisyen popular Amerika Syarikat, Gotham.

Pelakon kelahiran Lembah Klang itu memainkan watak Lelia, seorang pemimpin kontinjen wanita League of Shadows, yang sangat setia kepada ajarannya.

Netizen mula riuh di sosial media apabila Shiva muncul membuat debutnya semalam dalam episod A Dark Knight: One Of My Three Soups, pada Jumaat.

Shiva merupakan lulusan Indiana University dan mengikuti kursus pasca siswazah di Columbia University, New York.

Dia yang kini berpangkalan di New York pernah terlibat dalam dua produksi teater dengan syarikat Next In Line Productions.

Di Malaysia, Shiva pernah muncul dalam drama teater ‘After Juliet’ dan ‘Girls Malaysia’ di Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur (KLPaC).

See Also

Siri TV Gotham telah bersiaran sejak tahun 2014, dan dibintangi oleh nama-nama besar seperti Erin Richards, Ben McKenzie dan Donal Logue.

Ia berkisar kehidupan Bruce Wayne atau Batman di bandar Gotham ketika muda dan beberapa musuhnya termasuk Joker dan Penguin.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.