fbpx
Now Reading
Berpurdah Tapi Belai Anjing

Berpurdah Tapi Belai Anjing

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perempuan bercadar, penyelamat anjing terlantar

#Video Rumah Hesti Sutrisno, perempuan bercadar penolong anjing-anjing terlantar, didatangi warga yang keberatan dengan banyaknya hewan yang dirawat di rumahnya. BBC Indonesia menjumpainya, beberapa hari sebelum protes warga terjadi. Kenapa Hesti memutuskan untuk merawat anjing-anjing terlantar? Simak kisahnya di: https://bbc.in/2Jj6kP4

Posted by BBC News Indonesia on Wednesday, 4 April 2018

Jakarta: Kisah seorang wanita bertudung labuh memelihara dan bermain dengan 11 anjing di rumahnya di wilayah Pamulang, Tangerang Selatan, tular di Indonesia sejak minggu lalu.

Media Indonesia melaporkan selain anjing, Hesti Sutrisno, 37, turut memelihara 30 kucing jalanan serta pelbagai lagi haiwan lain, termasuk musang serta burung.

Menurut laporan media Indonesia, pekarangan rumahnya dipenuhi sangkar haiwan dan terdapat anjing hitam dirantai dipercayai bagi menjaga rumahnya.

Tribune News melaporkan, anjing terbabit yang dijadikan penjaga rumah dan wanita berkenaan kelihatan tidak kekok mengusap haiwan itu.

Menurut Hesti, dia mula memelihara anjing bernama Jon itu pada 2015 selepas menemui haiwan terbabit di kawasan rumahnya.

Katanya, dia ikhlas ingin membantu dan merawat semua haiwan yang terbiar itu dengan membawanya ke rumah.

“Jon adalah (anjing berwarna hitam) haiwan terbiar yang pertama saya pelihara.

“Saya menjaga dan melatih anjing ini supaya tidak menyelongkar tong sampah jiran atau mencuri kasut mereka,” katanya yang dipetik detik.news

Menurutnya, jika haiwan jalanan itu tidak dirawat, dia bimbang mereka mati.

“Saya sebenarnya tidak suka anjing, malah takut namun Allah SWT mengubah hati sayang kucing dan anjing,” katanya.

Hesti kemudian bertemu anjing kedua di Bogor, yang diberi nama Gopy, ketika berada di pinggir sungai
dan selepas itu semakin banyak anjing dipeliharanya hingga mencapai jumlah 11 ekor sekarang.

Menurutnya, dia reda dengan keadaan sekarang kerana yakin Tuhan membuka hatinya untuk menyelamatkan haiwan terbiar, termasuk anjing.

Wanita yang tinggal bersama suami dan dua anak kembar itu berkata, jiran-jirannya tidak terganggu dengan keadaan rumahnya dipenuhi haiwan termasuk anjing.

Suami Hesti tidak bekerja, manakala Hesti bekerja menjual kerepek dan pakaian.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.