Juri MasterChef Jawab Isu Rendang ‘Crispy’

Seorang juri MasterChef UK yang dikecam teruk gara-gara komennya tentang kulit ayam dalam masakan rendang ‘tidak rangup’ menukar kenyataannya kepada ‘tidak masak’.

Gregg Wallace (gambar) menjelaskan: “Saya kata kulit (ayam) tidak rangup. Saya tidak bermaksud ia tidak dimasak seperti ayam goreng.

“Apa yang saya maksudkan adalah ia tidak dimasak. Ia memang tidak masak,” katanya ketika muncul dalam program televisyen Good Morning Britain (GMB) bersama seorang lagi rakan jurinya, John Torode pada Rabu.

Pada Isnin, peserta Malaysia, Zaleha Kadir Olpin telah menyediakan hidangan nasi lemak dan rendang ayam untuk program MasterChef UK.

Bagaimanapun, Wallace dan Torode mengkritik rendang yang disediakan Zaleha dan menyingkirkannya daripada program realiti tersebut.

Menurut laporan atas talian, Kate Garraway dari GMB bertanya kepada Wallace untuk menjelaskan apa yang berlaku dan juri tersebut berkata bahawa Zaleha dihantar pulang kerana masakan peserta lain lebih lazat.

Garraway mengingatkan Wallace: “Tapi anda cakap rangup” dan Wallace membalas: “Yang pastinya, masakan terbaik pasti akan lepas (ke peringkat seterusnya).”

Torode turut mempertahankan keputusan mereka dan berkata beliau pernah merakamkan siri masakan di Malaysia dan menyifatkan makanan di negara ini ‘hebat’.

Selepas mendengar komen Garraway bahawa beliau patut tahu tentang rendang itu, Torode membalas dengan yakin: “Memang saya tahu. Saya cakap kepada dia (Zaleha), ia tidak belum cukup masak.”

Wallace pula menjelaskan Zaleha tidak tersingkir kerana ‘kulit rendang’ tidak rangup.

“Dia terkeluar sebab masakan lain lebih bagus,” tambah beliau.

Sebelum itu, Wallace mengulas tentang komen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai penyingkiran itu dengan berkata: “Kerana kekecohan itu Perdana Menteri Malaysia juga turut terlibat.”

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 days ago