fbpx
Now Reading
“Nazim Tak Payah Nyanyi Please” – Nazim Othman Dikritik Netizen Cover Lagu ‘Di Matamu’

“Nazim Tak Payah Nyanyi Please” – Nazim Othman Dikritik Netizen Cover Lagu ‘Di Matamu’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Single Sufian Suhaimi, Di Matamu mendapat sambutan menggalakkan dengan meraih jutaan tontonan dalam masa beberapa hari dilancarkan di Youtube. Populariti lagu ini membuatkan ramai yang menyanyikan semula lagu berkenaan dengan versi mereka sendiri.

Tidak ketinggalan adalah Nazim Othman yang berduet dengan Fatin Afeefah. Video cover mereka mendapat perhatian netizen yang memuji suara Fatin, akan tetapi lain pula ceritanya dengan Nazim.

Video berkenaan hanya berdurasi 1 minit 42 saat dan berkemungkinan hanyalah video teaser dan akan mempunyai versi penuh sedikit masa lagi. Video ini juga sudah memasuki video trending di tangga ke 27 setakat Khamis.

Walaupun begitu, netizen tetap mempunyai pandangan mereka sendiri mengenai nyanyian Nazim.

 

Namun terdapat satu komen daripada Fatin Afeefa sendiri di ruang komen dengan kenyataan bahawa “Baik atau tidak, kami hanya melakukan video ini sekadar suka-suka. Tolong bagi sokongan kepada saya dan Nazim. Terima kasih.”

Sumber : Youtube Fatin Afeefa

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.