Now Reading
Nama Boy Iman Tiada Dalam Sistem UM

Nama Boy Iman Tiada Dalam Sistem UM

 Universiti terkemuka tempatan, Universiti Malaya (UM) telah mengeluarkan satu kenyataan menafikan sebarang kewujudan nama pelakon NorulIman A. Rahman atau Boy Iman sebagai calon Doktor Falsafah di pusat pengajian tersebut.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh pihak UM selepas pelakon Blok 404 itu memuat naik sekeping gambar kad pelajar menyerupai pelajar universiti itu di laman Instagramnya.

“Berhubung dengan satu isu yang berkaitan status pendaftaran calon Pendaftaran Doktor Falsafah Boy Iman, UM ingin menegaskan bahawa ia tidak benar.

“Ini kerana dalam carian sistem kami, tiada calon di bawah nama itu bagi jurusan Doktor Falsafah Pentadbiran Perniagaan di universiti kami,” tulis kenyataan tersebut.

Terdahulu, Boy Iman telah memuat naik gambar kad pelajar UM di laman sosialnya kononnya sebagai bukti kepada peminat bahawa dia sedang menyambung pengajian di peringkat PhD.

Namun begitu,carian Kosmo! mendapati ia telah dipadam selepas kenyataan rasmi UM dikeluarkan. –

Sumber : Kosmo Online

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.