fbpx
Now Reading
Boracay Ditutup 6 Bulan Akibat Terlalu Kotor

Boracay Ditutup 6 Bulan Akibat Terlalu Kotor

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pulau Boracay akan ditutup sebagai destinasi pelancongan bermula 26 April ini.

Keputusan itu dibuat Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu.

Duterte meluluskan penutupan Boracay sebagai destinasi pelancongan selepas menyatakan perairan di pantai pulau terbabit kotor ibarat “lubang sampah” disebabkan oleh kesesakan dan pembangunan.

Impak penutupan terbabit turut dibincangkan Duterte bagi membela nasib hampir 17,000 pekerja pelancongan di pulau terbabit.

Setiausaha Pelancongan Filipina, Frederick Alegre berkata antara langkah awal yang dibincangkan adalah dengan memindahkan kesemua pekerja terbabit ke tanah besar.

Pulau Boracay terkenal sebagai destinasi pilihan pelancong dalam dan luar negara kerana keindahan semulajadinya dengan anggaran pendapatan kira-kira AS$1 bilion setiap tahun.

Namun hasil kajian yang dibuat kerajaan mendapati pengabaian kebersihan di pulau terbabit telah mengakibatkan ancaman kepada Boracay dan jika diteruskan ia mungkin akan menjadi pulau mati.

Februari lalu, Duterte berkata air luat di Boracay telah menjadi “lubang sampah” dengan sisa manusia yang dilepaskan ke laut.

Sumber : Awani

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.