fbpx
Now Reading
TMJ Belanja Rakyat Johor

TMJ Belanja Rakyat Johor

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://www.instagram.com/p/BhbgsQVDBO0/?hl=en"]

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim beramah mesra dengan rakyat termasuk membayar setiap pembelian pelanggan di sebuah pasar raya di Johor Bahru, hari ini.

Perkara itu turut menjadi tular di media sosial sejak petang tadi.

Terdapat kenyataan mendakwa Tunku Ismail membelanja setiap pelanggan sebanyak RM3,000 dengan jumlah keseluruhan perbelanjaan berjumlah RM1 juta.

Beberapa gambar turut dimuat naik dalam media sosial menunjukkan kemeriahan pelanggan membeli dan memenuhkan troli masing-masing di pusat beli-belah berkenaan.

Bagaimanapun, kenyataan dimuat naik dalam laman rasmi Johor Southern Tigers tidak menyatakan jumlah sebenar perbelanjaan itu.

Kenyataan itu memaklumkan Tunku Ismail ke pusat beli-belah itu dan baginda sempat beramah mesra dengan rakyat yang membeli keperluan asas sebelum mengatakan semua perbelanjaan mereka ditanggung sepenuhnya hari ini.

“Saya bukan ahli politik, saya tidak memerlukan undi.

“Tetapi saya ikhlas menyayangi rakyat saya. Sentiasa bersama anda bangsa Johor,” titah Tunku Ismail dalam kenyataan itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.