fbpx
Now Reading
Intan Liana Dapat Perhatian Puteri Sarah

Intan Liana Dapat Perhatian Puteri Sarah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://www.instagram.com/p/Bhn0-y5nVhg/?taken-by=puterisarahliyana"]

Pelakon Puteri Sarah terpanggil untuk membantu bekas isteri pertama pemuzik bebas Ude Wahid iaitu Intan Liana Saleh selepas apa yang berlaku kepada wanita itu.

Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 33, berkata dia ada meluahkan rasa sedih melihat keadaan Intan pada suaminya, Syamsul Yusof.

Sarah berkongsi kisah pertemuan kali pertama dengan bekas madu pelakon Izreen Azmindar itu menerusi laman Instagramnya.

“Pertama kali jumpa Intan Saleh pemalu orangnya. Intan pun segan-segan dengan Sarah tapi Sarah kata jangan segan.

“I nampak saja garang. Masa mula-mula tahu pasal Intan, Sarah beritahu suami; ‘Sayang kesian Intan. I nak shoot video klip. I nak panggil Intan’.

“I nak tolong dia, siapa lagi nak faham kalau bukan kaum wanita sendiri,” kata Sarah.

Tambah Sarah lagi, dia melihat Intan seperti diri sendiri yang sentiasa membawa anak sulungnya, Syaikhul Islam ke mana sahaja.

Malah, Sarah berasa simpati melihat keadaan anak bongsu Intan iaitu Ariq yang kerap menangis semenjak kes perceraian mereka berlaku.

“Intan pun macam Sarah sentiasa bawa anak ke mana-mana saja. Kesian tengok Ariq melekat dengan bonda dia lepas itu kejap-kejap menangis sejak kes tu terjadi,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia turut memberi kata-kata semangat serta dorongan buat wanita itu untuk berdikari mencari sumber rezeki.

“Intan awak adalah wanita yang kuat. Kami semua yang panggil photoshoot ini hanya permulaan awak untuk melangkah lebih jauh.

“Tapi awak kena berdikari untuk pandang ke hadapan. Insya-Allah ada rezeki tu untuk Intan. Harap ini jadi pengajaran untuk semua wanita di luar sana.

“Sedikit sebanyak kita kena juga berdikari. Wanita, kita kena bertindak seperti wanita lagi!” katanya.

Selain Sarah, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri juga antara individu yang membuka ruang rezeki pekerjaan dengan menawarkan Intan menjadi model tudungnya.

Intan dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid, 30, bercerai pada 22 Mac selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.

Sumber : Instagram Puteri Sarah

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.