‘Hantu’ Selamber Panjat Rumah Dirakam

Selepas digemparkan dengan hantu kebaya merah yang muncul di tengah jalan baru-baru ini, netizen sekali lagi dikejutkan dengan gelagat makhluk berbaju putih sedang memanjat tiang di sebuah bangunan.

Video berdurasi 52 saat yang memaparkan rakaman berhantu itu menjadi tular di media sosial sejak Rabu lalu.

Dalam rakaman yang diambil pada waktu malam itu, kelibat berbaju putih dengan rambut yang panjang mengurai itu sedang leka memanjat tiang sebelum turun di balkoni sebuah bangunan tiga tingkat.

Lebih mengerikan, makhluk tersebut turut berlegar-legar di luar balkoni sambil memandang ke luar sebelum rakaman tiba-tiba terhenti.

Bagaimanapun, teka-teki mengenai penampakan ‘hantu’ itu terjawab apabila individu yang juga pemilik video tersebut tampil memberi penjelasan mengenai insiden tersebut.

Sebaliknya, katanya, video tersebut adalah rakaman penggambaran untuk sebuah filem tiga tahun lalu.

“Alamak… ini bukan hantu betul tau… orang sebenarnya. Video ini adalah rakaman shooting belakang tabir sebuah filem… 3 tahun lepas punya. Saya pun dah delete video kat FB aritu,” tulisnya.

Dalam pada itu, pemilik video tersebut turut memohon maaf kepada netizen di atas kekecohan yang timbul.

“Sorry semua… tak tahu pula ada orang copykan video tu, dah viral pula. Adeh, salah sendiri juga g upload,” tulisnya.

Sebaik tular di media sosial, video itu ditonton sebanyak 731,000 kali di Facebook.

Sumber  : MStar

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

7 hours ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

7 hours ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

7 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

8 hours ago
  • Trending

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…

8 hours ago
  • Automotif
  • Tips
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kereta Terbakar Ketika Memandu? Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diambil [Video]

Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…

9 hours ago