fbpx
Now Reading
Bersanding Celah Bangunan Je, Memang Rambo!

Bersanding Celah Bangunan Je, Memang Rambo!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sudah menjadi kebiasaan majlis persandingan akan diadakan di kediaman pengantin. Bagi mereka yang berkemampuan pula, majlis biasanya dilangsungkan di hotel.

Namun, agak pelik buat pasangan pengantin dari Kulai, Johor ini apabila mereka memilih untuk bersanding di celah bangunan.

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter, foto-foto majlis serba unik Mohd Hafiszi Ngadmin, 33, dan pasangannya, Nornadiya Arjudin, 30, ternyata menarik perhatian ramai.

Menurut Hafiszi, dia mempunyai alasan tersendiri mengapa memilih lokasi berkenaan untuk melangsungkan hari bersejarahnya.

“Sebenarnya kami nak sewa villa atau homestay, tapi pemilik tak benarkan kami langsungkan majlis kahwin di situ.

“Isteri saya pula tinggal di pangsapuri. Jadi agak susah untuk buat majlis melibatkan tetamu yang ramai.

“Akhirnya saya dapat ilham untuk buat majlis di celah bangunan yang mana ia sebenarnya bersebelahan lokasi kafe adik saya,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online, Isnin.

Menurut Hafiszi lagi, majlis yang berlangsung pada Sabtu lalu itu bermula pada pukul 8 malam dan dihadiri hampir 300 tetamu.

Dalam majlis itu, Hafiszi sah menjadi suami kepada Nornadiya dengan sekali lafaz sahaja.

Selepas akad nikah, majlis diteruskan dengan upacara bersanding, makan malam dan sesi beramah mesra dengan tetamu.

Tambahnya lagi, majlis yang dirancang dalam tempoh sebulan itu melibatkan kos sekitar RM10,000 sahaja.

“Selain kanopi, pelamin dan makanan, saya juga beli karpet untuk tetamu makan bersila.

“Sebenarnya majlis macam ni lebih santai. Dalam ruang yang tak begitu besar, senang kami nak beramah mesra dengan semua tetamu,” ujarnya.

Dia yang juga pengusaha bengkel kereta sudah empat tahun berkenalan dengan isterinya.

Dalam pada itu, foto perkahwinannya mula tular setelah dimuat naik ke laman  Twitter oleh sahabatnya menerusi akaun @sheikh_obaid.

Malah, ia turut menerima pujian daripada netizen yang rata-rata kagum dengan pemilihan lokasi berkenaan.

Sehingga kini, tweet yang dimuat naik sejak Sabtu lalu sudah pun diulang kicau (retweet) lebih 7,000 pengguna Twitter.

Sumber : Mstar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.