fbpx
Now Reading
“Nak Skin Tone Putih Macam Mana Lagi??…”

“Nak Skin Tone Putih Macam Mana Lagi??…”

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekarang ni ramai gadis-gadis idamkan kulit putih melepak seperti orang Korea. Ada yang sanggup suntik dan telan macam-macam ubat untuk putihkan kulit.

Baru-baru ini, seorang Instafamous kongsikan gambar di Insta Story yang kemudiannya dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dan sehingga kini mendapat lebih 10 ribu Retweet dengan pelbagai kritikan daripada netizen.

Menerusi Insta Story berkenaan, Instafamous itu mencabar dirinya untuk mendapatkan kulit satu kali ganda lebih putih dari sekarang sebelum raya nanti.

Apa yang menjadi bualan ialah gadis tersebut sudah pun memiliki kulit putih melepak dan ramai yang tidak faham mengapa nak jadi lebih putih lagi.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan kulit gadis tersebut sudah terlalu putih dan pucat seperti mayat.

Ada juga yang mengatakan kulit Instafamous tersebut tidaklah putih seperti di dalam gambar dan menggunakan aplikasi untuk edit gambar agar kelihatan putih memandangkan gadis tersebut menjual produk pemutih kulit.

Tak salah nak kulit putih, tapi jangan terlalu obses sehingga kita tidak bersyukur dengan apa yang kita ada. Tak kisah warna apa kulit kita, paling penting adalah hati kita.

Sumber : Vitdaily

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.