fbpx
Now Reading
6 Jenis Infinity Stones Dalam Infinity War

6 Jenis Infinity Stones Dalam Infinity War

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sabar. Sabar ini bukan spoiler untuk filem Infinity War okay ?

Kalau sesiapa yang dah menyaksikan atau belum menyaksikan Infinity War, dalam cerita ni Thanos ingin kumpulkan semua Infinity Stones supaya dia boleh musnahkan segalanya. Jadi, semua superhero bersatu untuk halang plan Thanos.

Jadi, Infinity Stones terbahagi kepada 6 jenis iaitu Space Stone, Mind Stone, Reality Stone, Power Stone, Time Stone dan terakhir sekali Soul Stone. Dalam Infinity War, Thanos perlu dapatkan Soul Stone dan korbankan sesuatu.

1. Space Stone

Dalam kotak kubus berwarna biru yang bernama Tesseract dalam Captain America pertama dan Avengers pertama terdapat Space Stone. Tesseract memiliki kemampuan untuk mengakses ke alam semesta di manapun yang diinginkan.

2. Mind Stone

Mind Stone adalah batu yang terdapat di dahi Vision.  Batu ini memiliki kekuatan untuk mengendalikan pikiran orang lain dan juga dapat meningatkan kecerdasan pemiliknya.

3. Reality Stone

Pengguna batu ini memiliki kemampuan untuk mengubah realiti sesuka hatinya. Bezanya Reality Stone tak ada di bumi. Jadi Thanos terpaksa pergi ke planet lain untuk dapatkannya.

4. Power Stone

Power Stone mempunyai kekuatan yang sangat dahsyat dan mampu meningkatkan kemampuan fizik. Batu ini juga mampu memusnahkan sesebuah planet dalam sekelip mata sahaja.

5. Time Stone

Time Stone adalah milik Dr Strange. Kelebihan batu ini adalah ia boleh menukarkan waktu, ke belakang atau ke depan. Bukan itu sahaja, ia juga mampu membuatkan seseorang terjebak dalam lingkaran waktu yang tiada akhirnya. Cuma, penggunaan kekuatan batu ini dianggap terlarang.

6. Soul Stone

Inilah fokus utama dalam Infinity War di mana Thanos inginkan Soul Stone cuma tiada siapa tahu di mana batu ini. Batu ini mempunyai kekuatan yang lebih dahsyat berbanding batu lain dan pengorbanan perlu dilakukan untuk memiliki batu ini.

Siapa yang sudah menonton Infinity War pasti tahu jenis-jenis batu yang Thanos rebutkan.

Sumber : Era.je

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.