Fathia Latiff Jawab Kenapa Solat Dalam Kereta

Pelakon Fathia Latiff menjelaskan solat yang dilakukan di dalam kereta adalah urusannya dengan Allah.

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 30, berkata, dia juga tidak menyedari perbuatan itu dirakamkan oleh rakannya.

“Saya kerjakan solat kerana Allah bukan kerana manusia. Maaf saya tidak tahu aksi saya dirakam,” ujarnya kepada mStar Online.

Pelakon Ariana Rose itu mengulas tentang aksi solatnya di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke pertunjukan fesyen Primavallet yang diadakan di Hotel Majestic, di sini, Rabu.

Video solat itu dimuat naik oleh rakannya iaitu penggaya rambut Ridzokumura di Instastory pada petang Rabu.

Pemuda itu dalam kapsyen menerusi Instagram miliknya menulis Fathia melakukan solat ketika mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas selain waktu solat juga hampir habis.

Melakukan solat fardu dalam kenderaan dibolehkan dengan syarat seseorang itu benar-benar berhadapan dengan kesukaran iaitu kegagalan mencari tempat bersesuaian menunaikan solat selain perlu menghadap kiblat dan dalam keadaan berwuduk.

Namun jika tidak dapat menghadap kiblat atas sebab-sebab tertentu, maka seseorang itu perlu meyakini telah menghadap ke arah kiblat.

Sumber : Mstar

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

11 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 day ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

1 day ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

1 day ago