fbpx
Now Reading
Wajib Tonton Filem Infinity War, Memang Gempak!

Wajib Tonton Filem Infinity War, Memang Gempak!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Filem Avengers: Infinity War antara karya yang ditunggu-tunggu oleh peminat Marvel seluruh dunia. Pada 25 April filem itu telah ditayangkan di Malaysia dan sambutan orang sangat menggalakkan. Kami pun tidak melepaskan peluang untuk menjadi orang terawal untuk menonton filem Avengers terbaru ini.

Tidak keterlaluan jika kami katakan bahawa filem arahan Russo Brothers ini jauh lebih baik kalau nak dibandingkan dengan filem Avengers sebelum ini. Sebelum Avengers ditayangkan, pengarah ada beri bayangan bahawa ada satu karakter penting akan mati dalam opening scene filem itu. Siapakah hero itu? Adakah misi Thanos akan berjaya?

Akan ada karakter penting mati dalam babak permulaan filem?

Sebelum filem ini ditayangkan lagi, ramai menjangkakan bahawa akan ada seorang karakter penting akan mati dan perkara itu sendiri telah disahkan oleh pengarah filem tersebut, Russo brothers. Watak jahat, Thanos tidak berseorangan dalam misinya untuk mendapatkan Infinity stones kerana dia juga punyai team bernama ‘The Black Order’.

Untuk pengetahuan anda, Thanos perlukan enam untuk melengkapkan infinity stones, iaitu Mind Stone (Vision), Time Stone (Dr. Strange), Power Stone (Nova Corps), Space Stone/Tesseract (Loki), Reality Stone (The Collector) dan akhir sekali Soul Stone, dimana anda akan tahu dimana Thanos akan mendapatkannya.

Jalan cerita mudah faham tidak berat

Jika anda pengikut setia filem Marvel, anda tidak akan berdepan masalah untuk memahami jalan cerita filem ini kerana ia tidak meleret, tiada satu babak pun yang kami rasakan filem ini bosan. Misi Avengers hanya adalah untuk mengalahkan dan bagaimana untuk menghalang Thanos dari mendapatkan kuasa mutlak (Infinity Stones)

Adakah semua superhero ada dalam filem ini?

Jika difikirkan semula, terlalu banyak superhero dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) seperti Vision, Thor, Iron Man, Captain America, Hawk Eye, Hulk, Black Widow, Black Panther, Ant Man, Spiderman, Doctor Strange, Falcon, Winter Soldier (Bulky). Tetapi siapakah diantara mereka yang tiada dalam filem ini?

Walaupun Avengers merupakan filem aksi, namun terdapat banyak skrip serta karakter yang membuatkan penonton ketawa. Paling kelakar ialah Starlord (Guardians of the Galaxy). Kami tidak akan cerita di sini. Kalau nak tahu, sila tengok ye.

Adakah Thanos akan dapat kuasa mutlak?

Akhir sekali, adakah misi Thanos akan tercapai? Adakah dia berjaya mendapatkan stones yang ada pada Vision, Loki dan Doctor Strange? Well, kami dah tahu jawapannya.

Akan ada karakter baru?

Untuk dapatkan jawapannya, tunggu hingga habis after credits filem ini. Avengers: Infinity War sangat berbaloi! Have fun dan selamat menonton!

Sumber : OhBulan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.