fbpx
Now Reading
Sharifah Amani Pernah Tolak Tawaran RM 1 Juta Jadi Duta Produk Pemutih Kulit

Sharifah Amani Pernah Tolak Tawaran RM 1 Juta Jadi Duta Produk Pemutih Kulit

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kebelakangan ini, kecoh juga dengan isu artis –artis yang mempromosikan sesuatu produk tanpa mengira kesan kepada pengguna. Netizen mendakwa golongan ini sudah gelap mata dengan tawaran wang ringgit yang tinggi untuk menjadi duta ataupun sekadar memuat naik promosi di media sosial.

Namun, tidak semua artis begitu. Ada yang masih mempunyai prinsip tersendiri seperti Sharifah Amani.

Menerusi akaun Twitternya, pelakon yang sentiasa kelihatan awet muda itu mendedahkan beliau pernah menolak tawaran bernilai RM 1 juta untuk menjadi duta produk pemutih kulit kerana tidak mahu menipu orang ramai tentang keberkesanan produk tersebut.

Terima kasih juga kepada ibunya, Fatimah Abu Bakar yang turut menasihati anaknya untuk menolak  sahaja tawaran lumayan itu kerana produk berkenaan mengandungi bahan kimia yang membahayakan pengguna.

Buat Sharifah Amani, duit bukanlah segala-galanya tetapi kehormatan diri. Rezeki itu ada dimana-mana. Tweet itu mendapat reaksi positif daripada netizen yang memuji pendirian beliau.

Malah, status tersebut turut mendapat perhatian daripada Dr Amalina Bakri yang mengucapkan terima kasih kepada Sharifah Amani dan berharap terdapat selebriti yang sudi bekerjasama dengan doktor untuk menggalakkan hidup yang lebih sihat dan mendidik rakyat tentang fakta  atau mitos.

 

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.