fbpx
Now Reading
“Terima Kasih Nedim dan Nora” – Edriana Semakin Pulih

“Terima Kasih Nedim dan Nora” – Edriana Semakin Pulih

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bayi berusia 5 bulan yang menghidap penyakit ekzema ini bertuah kerana kos rawatannya dibantu oleh pasangan Nedim Nazri dan Nora Danish. Ayah kepada bayi Nur Edriana Maisarah mengucapkan terima kasih kepada pasangan ini dan rakyat Malaysia atas doa dan bantuan yang disalurkan.

Keadaan bayi berkenaan telah beransur pulih dan kulitnya sudah 60 peratus kembali seperti sedia kala. Ini perkembangan terbaru bayi menghidap penyakit ekzema itu.

Alhamdulillah selepas dapat rawatan pertama kulit anak saya 60 peratus sudah baik. Pada mulanya rasa bimbang pada usia dia empat bulan kulitnya mula tumbuh biji kemerah-merahan. Lama-kelamaan dia pecah dan merebak ke seluruh badan serta muka. Saya pergi beberapa hospital tapi ubat tidak sesuai.

Ayah bayi tersebut, Shahril Azman bersyukur atas doa rakyat Malaysia dan bantuan yang telah dihulurkan bagi meringankan beban mereka sekeluarga. Pada mulanya, dia mengakui terkejut apabila anak Nedim meminta nombor telefon untuk dihubungi.

Saya tiada niat untuk minta bantuan mana-mana pihak, saya muat naik di Facebook sekadar minta doa daripada rakan-rakan sahaja agar anak saya sembuh. Tidak sangka foto itu tersebar di Instagram sehingga Nedim sendiri menghubungi saya untuk menghulurkan bantuan.

Shahril bertemu dengan Nedim kali pertama pada 11 April lalu di pusat perubatan berkenaan. Malah, dia juga tidak percaya pasangan ini akan tampil menghulurkan bantuan kepada anak perempuannya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.