Now Reading
Gambar Di Balai Tersebar, Uqasha Tutup Komen Di Instagram

Gambar Di Balai Tersebar, Uqasha Tutup Komen Di Instagram

Masih panas lagi berita tentang penahanan seorang pelakon wanita terkenal gara-gara terlibat dalam kemalangan dan dalam masa yang sama dia didakwa turut khayal. Dalam masa yang sama, entah dari mana, tersebar gambar Uqasha Senrose di laman sosial berikutan isu tersebut.

Melalui pemerhatian kami, laman Instagram Uqasha turut ditutup pada bahagian komen gara-gara perkara berkenaan. Apa yang pasti, sama ada peminat mahupun media, masing-masing mahu mendengar sendiri perkhabaran tentang perkara tersebut daripada Uqasha sendiri.

Tetapi adiknya pula Nelydia Senrose pula jadi mangsa kecaman netizen bertubi tubi mengenai kakaknya.

Apa pun, mungkin juga Uqasha perlu sedikit masa untuk bertenang sebelum mengemukakan sebarang kenyataan berkaitan perkara yang terpalit pada dirinya itu.

Menurut laporan mStar Online sebelum ini, seorang pelakon wanita telah melanggar seorang individu dan apabila polis yang dihubungi tiba, pelakon wanita berkenaan ditemui dalam keadaan khayal berserta sejumlah dadah sintetik yang dipercayai jenis Erimin 5 sebanyak 53 biji dalam tas tangan miliknya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, dadah yang ditemui dianggarkan bernilai RM660 selain ujian saringan awal air kencing terhadap aktres itu juga didapati negatif. Tambah Mazlan, kes itu akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.