fbpx
Now Reading
Walaupun Ibu Seorang Jutawan, Cik B Hanya Belanja RM20 je!

Walaupun Ibu Seorang Jutawan, Cik B Hanya Belanja RM20 je!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://www.instagram.com/p/BicS5XDht3p/?taken-by=datoserivida"]

Walaupun ibunya iaitu Datuk Seri Hasmiza merupakan seorang usahawan berjaya, Cik B sudah pandai mencari wang poketnya sendiri dan tidak mengambil kesempatan di atas kesenangan yang ada.

Baru-baru ini, Dato Vida kongsikan video beserta kepsyen mengenai anak kesayangannya itu. Menurut Dato Vida, walaupun anaknya tahu ibunya memiliki banyak wang, Cik B tidak pernah meminta wang berlebihan daripadanya.

Tambahnya lagi, anaknya itu rajin mencari duit sendiri dengan membuat review produk untuk membeli barang yang diidamkan.

“Walau dia biasa tengok duit berjuta kat depan mata, 20 ringgit je dia mintak. Tu pun kalau ada baki dia pulang balik. Tapi kalau nak beli barang permainan video, dia akan buat review di Instargam.”

Bukan mudah untuk mendidik anak di zaman sekarang lebih-lebih lagi jika hidup dilimpahi dengan kemewahan. Ternyata hasil didikan Dato Vida pada anaknya berkesan.

Nampaknya Cik B bakal mengikut jejak langkah ibunya yang mula berniaga di usia muda. Cik B juga tidak kekok dan berkeyakinan tinggi untuk beraksi di media sosial sama seperti ibunya.

Sumber :  Rotikaya

 

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.