fbpx
Now Reading
‘Deadpool’ Ditahan Polis

‘Deadpool’ Ditahan Polis

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Zurich (Switzerland): Dua peminat fanatik watak adiwira Deadpool berdepan pengalaman mencemaskan apabila ditahan polis yang menyerbu mereka gara-gara seorang daripadanya mengenakan kostum watak terbabit.

Kejadian berlaku Isnin lalu ketika Alessandro Botta dan sahabatnya yang cuma dikenali sebagai Christian memutuskan menyaksikan tayangan perdana filem itu di Locarno, Switzerland.

Ketika bertemu di stesen bas, Christian sudah pun mengenakan kostum itu manakala Botta memakainya di bawah pakaian biasa.

Malangnya, keadaan bertukar cemas ketika kedua-duanya berjalan ke rumah Botta untuk menaiki kereta ke panggung wayang apabila diserbu polis bersenjata yang mengarahkan mereka menyerahkan senjata masing-masing.

Beberapa gambar turut dikongsi di media sosial menunjukkan sekurang-kurangnya lima anggota polis berada di tempat kejadian menggari dua sahabat itu yang meniarap di atas kaki lima.

Menurut Botta, 28, dia terkejut dengan kejadian itu terutama apabila ditahan hanya berpakaian biasa.

“Kami tidak menyangka ia menimbulkan masalah. Saya tidak faham mengapa dan cuba menjelaskan kepada mereka bahawa ia sekadar salah faham, tetapi gagal.

“Bagaimanapun, polis kemudian akhirnya menyedari apa yang kami lakukan sebenarnya dan cuma ketawa,” katanya.

Mereka dibebaskan polis sejam kemudian namun Christian didenda kerana melanggar peruntukan undang-undang digelar ‘larangan burqa’ yang melarang pemakaian sebarang penutup wajah di khalayak ramai.

Kejadian itu tidak mematahkan semangat dua sahabat berkenaan apabila meneruskan perancangan menyaksikan filem itu dengan memakai kostum, malah sempat mengongsikan gambar di media sosial.

“Orang ramai terhibur. Kami duduk bersama penonton, berpakaian seperti Deadpool sambil menonton filem. Di sebalik pengalaman itu, ia hari yang menyeronokkan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis Lugano berkata, mereka bertindak segera selepas menerima maklumat ada individu membawa dua pistol iaitu sebahagian daripada kostum yang dipakai oleh Christian sebagai pembunuh upahan bertopeng.

Sumber : Harian Metro, Daily Mail

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.