fbpx
Now Reading
[VIDEO] Ini Reaksi Orang Jepun Selepas Rasa Murtabak

[VIDEO] Ini Reaksi Orang Jepun Selepas Rasa Murtabak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Malaysia terkenal sebagai destinasi syurga makanan. Bukan hanya tertarik dengan keunikan budaya majmuk, ramai pelancong berkunjung ke negara ini untuk menikmati aneka makanan di seluruh pelusuk Malaysia. Bermacam-macam jenis makanan boleh dicuba dari makanan Melayu, Cina, India, Barat, semuanya boleh didapati dengan mudah dan murah.

Sekumpulan lelaki Jepun dirakam menikmati juadah popular di bulan puasa, murtabak untuk pertama kali. Boleh ke mereka terima?

Seorang gadis memuatnaik video rakan-rakannya menikmati murtabak yang dikongsi sesama mereka. Dengan hanya satu gigitan, kesemua mereka tidak dapat menyembunyikan riak wajah teruja. Sedap sangat agaknya.

Ternyata kelima-lima mereka menyukai juadah itu setelah kesemuanya merasai juadah berkenaan. Walaupun tidak difahami butir percakapan mereka, kesemua mereka dilihat cukup gemar dengan murtabak walaupun dimakan tanpa kuah.

Sumber : Oh Bulan, @hdyhrosly

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.