fbpx
Now Reading
Peniaga Mengamuk Selepas Barang Disita

Peniaga Mengamuk Selepas Barang Disita

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://twitter.com/t0k_anjang/status/1005502212594794496"]

Polis menahan dua lelaki yang terbabit dalam insiden pergaduhan sehingga menyebabkan seorang anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) cedera di Bazar Aidil Fitri Jalan Taiping, Bandar Baru Klang, Klang, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia 18 dan 41 tahun itu peniaga minuman di bazar berkenaan.

“Dalam kejadian 9.40 malam itu, bertindak atas arahan, pengadu iaitu seorang daripada pegawai penguatkuasa MPK bersama pasukan menjalankan pemeriksaan di bazar terbabit.

“Pengadu kemudian memperkenalkan diri kepada pemilik gerai (suspek) supaya menunjukkan lesen perniagaan, namun suspek gagal mengemukakannya.

“Ketika proses sitaan barang sedang dijalankan,

berlaku pertengkaran antara kedua-dua pihak sehingga seorang anggota penguatkuasa berusia 30-an cedera pada muka,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Menurut beliau, bertindak atas maklumat, kedua-dua suspek ditahan di Balai Polis Sungai Kapar Indah ketika hadir memberi keterangan, 5 pagi tadi.

“Mereka direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada penjawat awam,” katanya.

Kata Mazelan, gerai suspek dikatakan pernah dikenakan tindakan sitaan pada 3 Jun lalu.

“MPK sudah menasihatkan dan memberi amaran kepada semua peniaga di situ, namun suspek masih menjalankan perniagaan tanpa lesen,” katanya.

Ketika kekecohan berlaku, beberapa peniaga turut merakamkan video yang kemudian tular di laman sosial.

Video berdurasi 46 saat yang tular di Facebook (FB) dan WhatsApp memaparkan pergaduhan antara pihak MPK dan peniaga berkenaan.

Difahamkan, MPK dijangka mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu menerusi sidang media esok.

Sumber : Harian Metro

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.