Pelakon Adrea Abdullah selamat bernikah dengan juruvideo, Zul Selamat.
Adrea, 41, mengesahkan berita tersebut menerusi akaun Instagram (IG) miliknya semalam.
Pelakon wanita itu turut memuat naik fotonya bersama Zul, 29, yang sedondon berbaju merah jambu ketika majlis akad nikahnya.
Adrea memberitahu dia bersyukur atas pernikahannya dan dengan nada gurau mahu mengajak suaminya itu balik berhari raya ini ke kampungnya di Kelantan.
“Happiness… Alhamdullillah … ok now boleh la ikut I balik raya klate’ kan hubby @zulselamat ?#adreaandzullovestory #love #blessed #adreazulakadnikah #halaldah #imofficiallyyourwife #berkatramadhan,” tulisnya.
Entri tersebut mendapat perhatian peminat dan rakan-rakannya yang rata-rata mengucapkan tahniah.
Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 18 Ogos 2017.
Adrea merupakan ibu tunggal kepada seorang anak lelaki yang kini berusia 13 tahun.
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…