fbpx
Now Reading
Orang Atas Pun Turun Padang

Orang Atas Pun Turun Padang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://www.facebook.com/ahmadzulkarnain.abdullah/posts/10211570000033486"]

Jika anda suka membeli-belah secara online, mesti rasa susah hati bila barang yang dibeli tak sampai-sampai lagi, lebih-lebih lagi nak dekat raya dah ni. Rata-rata menyalahkan servis penghantaran yang tidak efisyen.

Namun, perkongsian Ahmad Zulkarnain di Facebook mengenai Pos Laju ini ternyata membuka mata orang ramai dan membuang persepsi negatif masyarakat tentang syarikat kurier ini yang sering dikatakan tidak menepati masa penghantaran.

Posting tersebut telah mendapat lebih 2 ribu perkongsian dan 3 ribu tanda LIKE.

Demi untuk memuaskan hati pelanggan dan memastikan pelanggan mendapat barangan mereka sebelum Hari Raya, bukan saja posmen ang ditugaskan untuk menghantar bungkusan tetapi pihak pengurusan tertinggi juga turut turun padang membantu. Mereka ini juga menggunakan kenderaan sendiri untuk membuat penghantaran

Berikutan itu, ada beberapa netizen terkejut apabila bukan posmen biasa yang menghantar bungkusan ke rumah. Ada yang mengatakan, penghantar barangan tersebut menggunakan kereta biasa dan disangkakan orang jahat kerana menggunakan kereta tiada logo.

Pun begitu, rata-rata netizen memuji pihak pengurusan Pos Malaysia yang sanggup turut serta membantu posmen demi memastikan pelanggan mendapat bungkusan mereka sebelum Hari Raya. Memang respect habis!

Sumber : VitDaily

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.