fbpx
Now Reading
Post Gambar Anak Berbikini, Netizen Tegur Fasha Sandha

Post Gambar Anak Berbikini, Netizen Tegur Fasha Sandha

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika sebelum ini, Che Ta pernah ditegur selepas memuat naik video anaknya, Aaisyah berbikini. Kali ini giliran Fasha Sandha pula ditegur dan dimarahi netizen apabila memuat naik foto anak perempuannya berbikini.

Berikutan gambar yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, rata-rata netizen meluahkan rasa marah dan kurang senang dengan tindakan pelakon itu.

Rata-rata netizen beranggapan sebagai seorang ibu, pelakon itu tidak sepatutnya memuat naik foto seksi sedemikian kerana ianya mungkin mengundang bahaya pada anaknya lebih-lebih lagi kepada golongan pedofilia.

Apa pun, sebagai ibu pasti tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi pada anak mereka. Diharap isu ini menjadi peringatan buat mereka diluar sana. Mungkin bagi kita tidak ada yang tidak kena namun berbeza bagi mata-mata yang berada di luar sana. .

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.