fbpx
Now Reading
Bendera PKR, Malaysia muncul di Piala Dunia

Bendera PKR, Malaysia muncul di Piala Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Harus diakui, untuk pasukan bola sepak Malaysia atau lebih terkenal dengan panggilan Harimau Malaya yang kini menduduki tangga 171 dunia untuk layak ke Piala Dunia adalah satu mimpi yang sukar menjadi kenyataan.

Malah ia dilihat begitu mustahil apatah lagi ranking pasukan kita ketika ini di bawah St Lucia – sebuah pulau merangkumi 617km dan dengan penduduk kurang daripada 200,000. Justeru ramai memilih untuk menyokong pasukan pilihan dari negara lain antaranya England, France dan lain-lain.

Pun begitu peminat bola sepak tempatan baru-baru ini sedikit terhibur apabila mendapati sekurang-kurangnya ada bendera PKR dan Malaysia yang berjaya dibawa ke perlawanan pusingan akhir Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia.

Ianya berikutan tular di media sosial sekeping foto menunjukkan jurulatih Senegal, Aliou Cisse mendonggak ke arah langit apabila pasukannya berdepan Poland semalam.

Apa yang ada pada foto tersebut?

Dalam latar belakang itu, bendera Parti Keadilan Rakyat (PKR) dapat dilihat diikat di pagar keluli di stadium Spartak Moscow. Apa yang lebih mencuri tumpuan, bersebelahannya pula  bendera Malaysia.

Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad menyiarkan gambar itu di akaun Twitternya, dengan kapsyen: “Siapa rakyat Malaysia ini? Duduk di barisan hadapan.”

Dalam perlawanan Kumpulan H, Senegal menjadi negara Afrika pertama memenangi perlawanan pada pusingan akhir 2018 selepas menewaskan Poland 2-1.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.