“Saya Tak Sokong Upload Video Isteri Tengah Bersalin, Lebih Baik …” – Faizal Ismail

Penyampai radio popular, Faizal Ismail menegur secara berhemah tindakan usahawan kosmetik terkemuka yang memuat naik video isterinya sedang dalam proses bersalin.

Kata Faizal, detik itu sangat peribadi dan sepatutnya seorang suami perli menenteramkan isterinya ataupun berdoa.

“Maaf, saya tak sokong upload video saat-saat isteri nak bersalin walau dalam apa keadaan sekali pun.

“Ia adalah saat yang sangat peribadi apatah lagi si isteri tengah bersabung nyawa.

“Lebih baik berdoa dan baca apa yang patut. Ia bukan untuk tontonan umum,” luah Faizal menerusi akaun Instagramnya hari ini.

Malah kata Faizal, seseorang individu tidak semestinya melihat video sedemikian untuk menghormati wanita mahu pun seorang ibu.

“Alasan untuk beri pengajaran kepada yang lain adalah sekadar nak halalkan perbuatan.

“Ramai yang tak tengok video pun masih menghormati ibu dan isteri,” ujarnya.

Faizal yang sudah lima kali menemani dan menyaksikan sendiri isterinya bersalin bagaimanapun berharap pihak tertentu yang lebih arif melontarkan pendapat berhubung perkara tersebut.

“Harap tiada lagi yang buat. Mungkin perlu pandangan daripada pakar agama dalam hal ini,” tambah Faizal.

Terdahulu, usahawan kosmetik tersebut telah memuat naik sepotong video yang memaparkan saat getir isterinya sedang bersalin di akaun Instagram peribadinya.

Alasannya, untuk memberikan pengajaran tentang pengorbanan seorang ibu melahirkan zuriat.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

9 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

9 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

9 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

10 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

11 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

12 hours ago