fbpx
Now Reading
Ada Orang Langgar Arahan Bawa Benih Tomato Di Pulau Larangan Di Iceland

Ada Orang Langgar Arahan Bawa Benih Tomato Di Pulau Larangan Di Iceland

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebuah pulau di Iceland yang dikenali sebagai Surtsey, adalah sebuah pulau yang tercipta akibat letupan volkano pada tahun 1963, merupakan sebuah pulau larangan yang tidak membenarkan orang biasa untuk pergi ke pulau ini.

Pulau ini kini menjadi tapak kajian saintifik untuk mengkaji ekosistem tanpa ada campur tangan manusia. Sebarang pembinaan atau cucuk tanam adalah dilarang dilakukan di pulau ini.

Disebabkan itu, tiada manusia dibenarkan untuk melawat ke pulau ini, dan saintis yang melakukan kajian di pulau ini juga dikawal rapi dan diperiksa dengan ketat.

Namun, masih ada yang ingkar dan langgar undang-undang tersebut, dengan tidak sengaja telah membuang biji benih tomato dan pokok tomato telah tumbuh dengan banyaknya disekeliling pulau ini.

Tomato tersebut perlu dihapuskan dan dibuang sepenuhnya agar ia tidak mengganggu kajian saintifk yang dijalankan oleh para saintis.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.