fbpx
Now Reading
‘Kasut Penghasut’ Dapat Undian Tertinggi di Asia

‘Kasut Penghasut’ Dapat Undian Tertinggi di Asia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://www.instagram.com/p/BkmeHM4hoBv/?taken-by=kuasasiswa"][video src="https://www.instagram.com/p/BknE_bAB9TX/?taken-by=kuasasiswa"][video src="https://www.instagram.com/p/BkofhWlBC_e/?taken-by=kuasasiswa"][video src="https://www.instagram.com/p/BkeNqiRhXrJ/?taken-by=kuasasiswa"]

Vans Asia Custom Culture kembali lagi tahun ini di mana Vans memberi peluang kepada peminat Vans untuk berkarya dengan menjadikan kasut Vans sebagai kanvas.

Di kalangan kasut-kasut awesome dari seluruh Asia yang dihasilkan, kasut ini sedang mendapat undian paling tinggi. Lebih menarik apabila hanya sehari selepas ianya dimuat naik di laman Vans, rekaan Fahmi Reza ini mendapat ribuan undi!

Tidak perlu diperkenalkan lagi siapa Fahmi Reza ini. Beliau adalah salah seorang artis yang lantang mengkritik salah laku golongan berkuasa. Individu pada rekaan kasut ini juga sama. Anda tengok sahaja rekaannya, anda sudah tahu siapa individu yang Fahmi Reza maksudkan.

Rekaan dengan undian paling tinggi (dari setiap negara Asia) akan dipilih untuk ke pusingan seterusnya. Nampak gaya rekaan kasut ini senang-senang sahaja lulus untuk ke pusingan seterusnya.

Fahmi baru baru ini pula tidak menyangka bahawa beliau juga mempunyai peminat antarabangsa seperti pelakon Hollywood yang terkenal dengan filem Harold and Kumar, Kal Penn.

Dia memuat naik gambarnya bersama Kal dihadapan hasil karyanya yang menunjukkan karikatur seakan bekas pemimpin negara sebagai Pennywise, watak badut yang menyeramkan dalam filem IT. Bersamanya tertulis We’re all corrupt down here”

Kal yang terkenal dengan aksi lakonannya juga seorang seorang aktivis politik seperti Fahmi. Beliau pernah bekerja sebagai pegawai di ‘White House semasa pentadbiran Barack Obama.

Sumber : The Vocket, Instagram @kuasasiswa

 

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.