fbpx
Now Reading
“Che Det … Nak Sign Please” – Anzalna Berjaya Lukis Potret Tun M

“Che Det … Nak Sign Please” – Anzalna Berjaya Lukis Potret Tun M

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon Anzalna Nasir menjelaskan dia masih belum bersedia untuk kembali ke set penggambaran dalam masa terdekat.
Kata Anzalna, 30, dia ingin memberikan fokus untuk hobi melukisnya terlebih dahulu memandangkan tempoh untuk menyiapkan sesebuah karya memakan masa yang panjang.

“Adakah saya sudah bertukar profesyen dari pelakon ke pelukis?”Jawapannya, berlakon sentiasa menjadi keghairahan saya dan sehingga kini saya masih mendapat tawaran tak kira drama beratus episod atau telefilem.

“Tetapi malangnya saya belum bersedia untuk kembali ke set penggambaran memandangkan saya perlu menyiapkan semua lukisan yang sudah ditempah.

“Saya gembira dengan apa yang sedang saya lakukan, terima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokong saya dan Insya-Allah saya akan kembali berlakon nanti,” kata Anzalna.

Pelakon itu juga mendedahkan dia mengambil masa berhari-hari untuk menyiapkan potret Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Harap-harap saya akan mendapat tanda tangan daripada Tun M jadi saya boleh mempergiatkan sumbangan kebajikan lagi nanti.

Che Det, nak sign please!” tambah Anzalna.

Have I changed my profession from an actress to an artist? Answer is, acting has always been my passion and Alhamdulillah until now I still get offers for acting. Thank you Global Station, Suhan and others for always offering me with dramas 100 episodes to telemovie but unfortunately I’m not ready to be on set since I have to finish up all the paintings people have ordered. Honestly, I love what I’m doing, thanks to those who have been supporting me and InsyaAllah, will be back on set shooting again soon. Painting takes a lot of time. The painting I did of Tun M, our prime minister took me ages to get it done. Perhaps I should get a signature from Tun M so that I can do more charity after this. Nak signature please Che Det… ???? #AnzalnaDaVincci #DontExpectTooMuch #ImNotAProfessionalArtist #PortraitTunMAtasPermintaanKorang

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.