fbpx
Now Reading
Syed Saddiq Kutip Sampah di Stadium Jadi Bualan Netizen

Syed Saddiq Kutip Sampah di Stadium Jadi Bualan Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://www.youtube.com/watch?v=E2MnGm0TORk"]

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat kejutan sebaik tamat perlawanan akhir Piala FA di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Sabtu malam.

Menyarungkan jersi Harimau Malaya kuning berjalur hitam, Ahli Parlimen Muar itu dilihat mengutip sampah di stadium berkenaan.

Menerusi video yang tular di media sosial, Syed Saddiq membawa plastik hitam besar mengutip sampah yang ditinggalkan penyokong di tempat duduk seperti bekas minuman dan tisu.

Jika sebelum ini, dengan membawa plastik hitam, penyokong berbaris sambil mengutip sampah dan hanya meninggalkan tempat duduk mereka sebaik bersih, selepas menyaksikan perlawanan Piala Dunia di Rusia.

Rata-rata netizen memuji tindakan Syed Saddiq, malah ada yang mengucapkan tahniah kepada menteri paling muda dalam sejarah negara.

 

Bagaimanapun, kehadiran Syed Saddiq di Stadium Bukit Jalil bukan sekadar untuk mengutip sampah semata-mata, tetapi turut bersama puluhan ribu penyokong bola sepak bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala FA antara Selangor dan Pahang.

Sumber : MStar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.