fbpx
Now Reading
PDRM Kini Mempunyai Alat Untuk Menjejak Pengunjung Laman Web Lucah

PDRM Kini Mempunyai Alat Untuk Menjejak Pengunjung Laman Web Lucah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Laporan hari ini mendedahkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini mempunyai alat pemantauan Internet yang dapat mengenal pasti pengguna yang melayari lucah di negara ini. Alat ini nampaknya berada di bawah bidang kuasa Unit Penyiasatan Jenayah Internet Malaysia (MICAC).

Dilancarkan pada bulan Februari, salah satu objektif utama MICAC adalah untuk melawan eksploitasi seksual kanak-kanak terutamanya dalam ruang dalam talian. Selain daripada menggunakan teknologi, unit ini juga bergantung kepada pertukaran maklumat dengan agensi-agensi berkaitan tempatan dan juga rakan sejawatannya di peringkat antarabangsa.

Alat yang dipanggil Internet Crime Against Children – Child Protection Service Online (ICACCOPS) telah dibangunkan di Amerika Syarikat, menurut laporan itu. Alat tersebut nampaknya dapat mengumpul alamat IP, lokasi, butiran laman web, dan jumlah masa yang dihabiskan penggunaan di laman web.

Laporan selanjutnya menyatakan bahawa PDRM telah membina pangkalan data untuk mengumpul maklumat yang dihasilkan oleh alat tersebut. Ia kemudiannya akan diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya PDRM dapat memperoleh maklumat pengguna sebelum ia meneruskan tindakan selanjutnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.