Now Reading
Kenapa Aliff Syukri Menangis?

Kenapa Aliff Syukri Menangis?

Usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri seakan mengakui sebuah kereta mewah jenis Ferrari yang terbakar pada petang Khamis adalah miliknya.

 

Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri bin Kamarzaman melalui Instagramnya turut memuat naik video dia menangis apabila melihat keadaan kereta buatan Itali itu yang sedang dijilat api.

Melalui ruangan komen di Instagram, pelakon Filem Badang ini turut mengakui kereta tersebut adalah miliknya.

Kenderaan mewah tersebut dianggarkan bernilai hampir RM1.8 juta.

Kejadian dilaporkan berlaku di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) dari Persiaran Kewajipan menghala ke Plaza Tol Sunway pada petang Khamis.

 

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.