Seorang wanita berusia 23 tahun di China menjadi viral di laman sosial apabila dilihat membawa dirinya sendiri ke hospital dengan ular yang masih menggigit tangannya.

Kejadian yang berlaku di daerah Zhejiang, Jinhua, China itu menggemparkan orang ramai yang berada di wad kecemasan berkenaan.

Menurut The Paper, wanita berkenaan digigit ular selepas cuba mengambil telefon bimbitnya yang terjatuh kedalam sebuah semak.

Malangnya, bukan telefon yang dicapai, tetapi seekor ular yang berukuran 1.5 meter mengigit tangan kirinya secara tiba-tiba.
Sumber: The Paper.