fbpx
Now Reading
Bapa Tunggal Pakai Pakaian Wanita Untuk Anak

Bapa Tunggal Pakai Pakaian Wanita Untuk Anak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Demi anak, seorang bapa memakai pakaian wanita untuk menyambut Hari Ibu di sekolah mereka, lapor media tempatan.

Tidak mahu dua anaknya, Ozone, lima, dan Imsome, tiga,merasa tersisih ketika sambutan tradisional Hari Ibu pada Jumaat lalu, Chatchai Parnuthai, 32, datang ke sekolah anaknya di Kanchanaburi dengan memakai pakaian wanita yang dipinjam dari ibunya.

Ibu kanak-kanak terbabit dikatakan meninggalkan keluarga berkenaan tiga tahun lalu untuk berpindah ke Eropah.

Ozone dan Imsome yang sedang asyik memerhatikan rakan mereka bermain dengan ibu masing-masing, terkejut melihat kehadiran ayah mereka yang berpakaian wanita.

“Saya bapa tunggal dan cuma mahu dua anak saya gembira. Memang malu sebenarnya, tetapi saya mahu memastikan mereka dapat turut serta dalam aktiviti bersama rakan sekelas,” katanya. – Agensi

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.