Bas Rempuh Lebih 10 Kenderaan Lepas Terlanggar Gerai Burger

Bagaikan babak filem aksi sebuah bas dipandu laju hingga melanggar beberapa buah kenderaan di depan bangunan Risda Jalan Ampang dan berakhir di simpang jalan Ampang / Lebuhraya Lingkaran Tengah Dua (MRR2) pada Khamis malam.

Kejadian itu tular menerusi video berdurasi 1.39 minit yang tersebar di laman media sosial sejak jam 10 malam.

Pemandu bas berkenaan sebelum itu dikatakan merempuh sebuah kereta menyebabkan ia terbabas dan melanggar sebuah gerai burger.

Kejadian dipercayai turut menyebabkan seorang wanita yang dikatakan memangku seorang bayi berusia dua bulan terpelanting.

Pemilik gerai burger kemudian dipercayai mengejar bas terbabit dari Keramat AU2 sehingga ke Lebuhraya MRR2.

Sepanjang aksi mengejar bas yang turut dirakam dalam video,kenderaan itu dilihat merempuh beberapa buah kereta sebelum terhenti dan tersekat di laluan yang sesak.

Pemandu bas yang cuba melarikan diri akhirnya ‘dicekup’ orang ramai sebelum kelihatan ‘disoal siasat’ dalam video berdurasi 34 saat.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, siasatan awal kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam di hadapan bangunan Risda Jalan Ampang dan berakhir di simpang jalan Ampang / Lebuhraya lingkaran tengah dua (MRR2).

“Semua mangsa sedang proses membuat laporan polis. Pemandu bas berada di hospital Ampang menerima rawatan,” katanya.

Beliau berkata, pemandu bas berkenaan berkemungkinan akan ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Penyiasat sedang menyiasat lagi dan kami belum buat keputusan,” kata beliau.

Difahamkan, syarikat bas berkenaan membuat sidang akhbar berhubung kejadian itu, malam tadi.

Terdapat juga komen daripada salah seorang penumpang yang menaiki bas tersebut sebelum kejadian.

– Sinar Harian

 

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago