Now Reading
Anak Sulung Adalah Pemandu Kereta Yang Teruk – Kajian

Anak Sulung Adalah Pemandu Kereta Yang Teruk – Kajian

Sekiranya anda adalah anak pertama dalam keluarga, mungkin anda kurang bersetuju dengan hasil kajian ini.

Menurut kajian terbaru daripada Privilege Car Insurance, anak pertama dalam keluarga adalah pemandu kereta yang teruk berbanding anak kedua dan seterusnya.

Kajian dijalankan keatas 1,395 pemandu dan hasil kajian menunjukkan adik-beradik sulung mempunyai daya pemanduan yang teruk. Kira-kira 89% daripada anak sulung ini suka memecut, 35% seringkali mendapat saman, 47% suka memotong barisan dan 46% suka menggunakan lorong kanan.

Lebih daripada 30% menggunakan telefon bimbit, dan 17% menggunakan make-up ketika memandu.

Daripada kajian itu juga, kesemua faktor pemanduan yang tidak baik juga menjadi punca kepada kemalangan jalan raya.

Sumber: Metro

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.