fbpx
Now Reading
Netizen Dakwa Elfira Loy Cari Kekasih Boleh Bayar Hutang?

Netizen Dakwa Elfira Loy Cari Kekasih Boleh Bayar Hutang?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini sekeping foto notis muflis yang tertera nama Elfira Loy menimbulkan pelbagai persoalan dari netizen adakah benar pelakon itu dididakwa sudah bankrap.

Bagaimanapun, menerusi Instagram Elfira menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu ada pihak cuba menjatuhkan dirinya dengan pelbagai cara termasuklah sanggup menyebarkan fitnah.

Namun semalam Elfira memuat naik foto bersama seorang jejaka dan rata-rata netizen mendakwa itu mungkin kekasih barunya. Kemudian timbul satu cerita apabila seorang netizen menyindir Elfira dengan mendakwa pelakon itu mencari kekasih yang boleh membayar hutangnya.

Menerusi Twitter, netizen itu mendakwa Elfira liat untuk membayar hutang namun tidak mahu mengakuinya sehingga menuduh ada pihak yang dengki padanya. Dakwa netizen itu lagi, Elfira dikatakan sudah beberapa kali dipanggil mahkamah untuk membayar hutang tersebut sehingga keluar notis muflis.

Tambah netizen itu lagi, apabila keluar notis muflis, barulah Elfira bertindak membayar hutang tersebut. Netizen itu mendakwa Elfira berhutang dengan individu namun tidak membayar sehingga pihak tersebut membawa kes itu ke mahkamah.

Tidak mahu berdiam diri dengan tuduhan liar dan penghinaan yang dilemparkan pada dirinya, Elfira tampil membalas tweet berkenaan dengan ayat cukup ringkas tetapi sangat ‘mendalam’ kepada netizen tersebut.

Adakah benar dakwaan tersebut? Lebih baik kita dengar penjelasan dari Elfira Loy terlebih dahulu sebelum membuat spekulasi sendiri.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.