fbpx
Now Reading
Muat Naik Gambar Mesra Ismail Izzani dan Zarina Ann Joulie di Kelab Malam, Apa Motif Fathia Latiff?

Muat Naik Gambar Mesra Ismail Izzani dan Zarina Ann Joulie di Kelab Malam, Apa Motif Fathia Latiff?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi remaja Ismail Izzani sekali lagi menjadi perhatian apabila foto mesranya seperti berpeluk dengan aktres Zarina Ann Joulie dipercayai di sebuah kelab malam tersebar di Twitter.

Foto itu pada awalnya dimuat naik oleh rakan baik Zarina, 32, iaitu Fathia Latiff di Instagramnya yang meminta penyanyi lagu Luar Biasa itu menghubungi pelakon drama Anak Pontianak tersebut.

“@ismailizzani call her now!,” tulis Fathia pada bahagian kapsyen gambar itu.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan tujuan Fathia meminta penyanyi remaja itu menghubungi Zarina.

Ismail Izzani

Sementarq itu, Fathia bertindak memadam gambar tersebut tidak lama kemudian selepas pengikutnya menghentam Zarina yang berpakaian seksi dalam foto berkenaan.

Sementara itu, ramai melahirkan rasa terkejut terhadap imej Zarina yang dilihat tidak mengenakan tudung selain memakai baju jarang yang menampakkan pakaian dalamnya.

Rata-rata mengecam tindakan Zarina tampil dengan imej itu memandangkan dia sudah berhijrah sebelum ini.

Bagaimanapun persoalannya sejak bila Ismail bersahabat dengan Zarina kerana kedua-duanya mempunyai jarah usia yang jauh berbeza 32

 

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.