fbpx
Now Reading
Tony Hawk Untuk Fatin!

Tony Hawk Untuk Fatin!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[video src="https://www.instagram.com/p/BnIv-5BHtwJ/?taken-by=fatinsyahirahroszizi"]

Viral di laman sosial video atlet papan selaju negara, Fatin Syahirah Roszizi yang dikecam hebat netizen kerana aksinya yang dikatakan kurang memuaskan. Dalam video berkenaan Fatin dilihat terjatuh beberapa kali ketika beraksi di Sukan Asia Palembang itu.

Setelah pelbagai hentaman dan kecaman diterima, Fatin kemudiannya memadam semua gambarnya di Instagram. Terbaru dia memuatnaik post mengatakan penghargaan buat mereka yang masih menyokongnya.

Dalam posnya, Fatin berterima kasih kepada penaja, rakan-rakan dan keluarga selain rakan-rakan skater dari seluruh negara yang tidak henti-henti menyokongnya. Dia turut mengatakan akan kekal berusaha gigih demi kejayaan.

 

Skater profesional Tony Hawk dilihat meninggalkan komen berupa kata-kata semangat untuk Fatin di pos itu. Antaranya Tony berpesan supaya Fatin tidak putus asa kerana menurutnya jika dia (Tony) mendengar kata-kata haters, sudah tentu dia berputus asa lebih awal.

Tambah Tony, haters hanya menyatakan apa yang mereka tidak miliki pada Fatin kerana mereka tidak seberani gadis itu mencapai impian. Ujar Tony lagi, Fatin akan menjadi inspirasi buat generasi muda Malaysia.

 

Turut tidak ketinggalan adalah Yuna yang sebelum ini membuat surat terbuka kepada Fatin supaya cekal menghadapi ujian yang melanda.

 

Sumber: Fatin Syahirah Roszizi

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.