Jozan Ditegur Tak Hormat Ilmu dan Tazkirah Agama

Penceramah muda Da’i Wan menegur tindakan pelawak yang juga hos program Jozan Live yang didakwa tidak menghormati ilmu agama dan takzirah yang disampaikan PU Azman.

Wan Dazrin Wan Din berkata, kedua-dua pengacara popular itu seharusnya diam sejenak dan menunjukkan akhlak yang baik sepanjang takzirah itu disampaikan.

“Keterbukaan selalu ada dalam cara menyampaikan dakwah, namun saya harap Zizan Razak dan Johan bila takzirah disampaikan, khususnya ayat Quran dan hadith baginda Nabi, kalian diam sejenak, bagi penghormatan.

“Tiada masalah bercanda. Tetapi perlu kena pada waktunya,” tulisnya secara terbuka di laman sosial.

Jozan Live yang disiarkan pada 22 Ogos lalu menampilkan tetamu undangan Zahirah MacWilson dan Diana Danielle dan Pencetus Umah Azman.

Program tersebut ditayangkan pada pukul 10 malam menerusi saluran Astro Warna.

Dalam pada itu, usaha menyelitkan isi agama dalam program hiburan adalah sesuatu yang sangat murni berbanding hiburan sia-sia.

Bagaimanapun, pengelolaan pengacara tersebut perlu diubah dan lebih menjaga sikap dan adab ketika menemubual tetamu undangan.

“Untuk sekian kali ini bantu sampaikan teguran untuk ubah cara pengelolaan Jozan lebih menjaga adab ketika ilmu disampaikan,” katanya.

Selain itu, Wan Dazrin berharap gandingan selebriti itu mampu memberi lawak jenaka yang lebih berfaedah dalam program berkenaan.

“Saya tahu kemampuan kalian Jozan banyak pengalaman, kalian boleh hasilkan yang tervaik. Tunjukkan lawak yang pengajar manusia menjadi lebih bernilai tinggi pada adab dan ilmu.

“Kita suka pada jenaka tapi penuh kesopanan dan kalaupun ada jenaka masih tahu menghormati,” tulisnya.

Netizen turut meninggalkan pelbagai reaksi tentang teguran tersebut.

Recent Posts

  • News

Bukan Sunnah Rasulullah SAW, Mufti Perak Seru Berhenti Boikot KK Mart

Mufti Perak Wan Zahidi berkata, Rasulullah SAW tidak mengamalkan aktiviti memboikot walaupun dengan musuh agama…

2 mins ago
  • Trending

Hukum Main Claw Machine Haram – UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus (UAI), bermain claw machine adalah haram kerana ia termasuk dalam kaedah…

18 mins ago
  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

4 hours ago
  • Trending

“Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…

4 hours ago
  • News
  • Trending

Remaja Tular Bakar Anak Kucing Hidup-hidup Sudah Ditahan Polis

Sebelum ini, rakaman CCTV kejadian di Flat Kenari, Kajang itu tular di media sosial hingga…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Enggan Pergi Kelas Mengaji, Remaja Reka Cerita Dirinya Diculik

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…

5 hours ago